Thursday, 12 March 2015

Hadiah Untuk Lelaki

Lelaki? Adoii.. Sebenarnya nak cari hadiah untuk guys nie payah sikit ceritanya. Ini tak suka, itu tak suka. Kadang-kadang we ols pun jadi pening memikirkannya. Bila tanya apa yang dia suka nanti tak supprise pula kan jadinya. I pun bukannya pandai sangat dalam soal memilih hadiah lelaki nie, kadang-kadang ada juga tanya member-member hadiah apa yang sesuai untuk diaorang kan but at the end kita jugak yang kena buat decision. So I try laa risik-risik kat En. Google. Hee.. Yelaaa, nak cari more info laa kan? Hik hik hik.. Ok so apa yang I dapat berdasarkan pencarian I melalui En. Google antaranya ialah:

Chengg....chengg....chengg...


1.  WALLET

Sumber En. Google

Wallet? Hmm.. boleh laa. Menurut blogger2 lain wallet memang antara barang yang disukai oleh ramai lelaki. Yeke? Haha.. I tgk Mr. Right pakai wallet macam budak sekolah rendah okay je. Sometimes kalau keluar lepak2 dengan I pun tak pakai wallet, duit sepah2 je dalam poket. Hahaha... tapi tengok orang laa kot. Kalau lelaki yang u ols nak hadiahkan tu ada kerjaya yang bagus ke metroseksual ke atau memang dia suka wallet maybe u ols boleh hadiahkan item ni kat diaorg. Tapi kalau lelaki macam I punya Mr. Right baik tak payah, buang duit je.




 2.   JAM TANGAN



Sumber En. Google



Hmm.. jam eh? Memang tak dapat dinafikan laa kot jam tangan ni kebanyakan lelaki suka. Walaupun handphone dah ada nak tengok waktu tapi dengan adanya jam nampak laa smart sikit. Yo ooo je I ni! Entah betul entah tak.. haha. As we all know, jam ni ada banyak jenis. Ada jenis besi, plastik, getah, kain dan macam-macam lagi laa. U ols pilih je semua ada tapiii sebelum u ols beli pastikan dulu minat lelaki tu pada jam jenis apa keyh, jangan main beli. Heeee..


3.  MINYAK WANGI


Sumber En. Google


Haaa... yang nie memang satu ketika dulu I suka bagi. Walaupun tau orang tu tak suka, I peduli apa. Hahaha... tapi, bukan semua guys sukakan perfume walaupun memang item ni antara hadiah-hadiah yang paling popular. So u ols risik-risik laa either the guy suka tak perfume then cuba tengok bau apa diaorang selalu guna atau suka, takut nanti jadi macam kes I terperap je perfume tu tak pakai-pakai, bila ada event tertentu je baru dia guna. Cehhh..


4.  T-SHIRT / KEMEJA

Sumber En. Google


Okay. Item yang ni paling senang di cari! Semua orang suka baju kan?? T-shirt and kemeja seriously hadiah yang popular bukan untuk guys je.. girls pun sama! Hahaha.. Sebelum u ols belikan t-shirt or kemeja untuk diaorang, first thing that u need to do is tengok either dia ni suka simple or smart. Kalau dah ada kerjaya tu bagi kemeja, boleh diaorang pakai g office tapi kalau jenis simple2 belikan t-shirt pun okay. Kalau u ols malas or busy sangat nak window shooping, u ols boleh je buat online shopping. Berlambak kan baju online? See... settle masalah! Ada orang cakap jangan bagi baju kat guy nanti hubungan tak kekal lama. Betul ke? Alaaa... jodoh tu kan ketentuan Allah S.W.T so tak payah laa percaya sangat.


5.  Gadjet


Sumber En. Google


Whooo.. gadjet?? Hadiah yang ni semua orang nak! Hahaha... seriously, kalau u ols ada duit better u ols bagi item ni as a gift untuk diaorang. Mesti diaorang happy punya laa. By the way, untuk hadiah yang macam ni banyak duit yang u ols kena guna berbanding hadiah yang lain. So kalau u ols ada duit and the guys yang u ols nak bagi hadiah ni sangat sangat bermakna dalam hidup u ols boleh laa bagi tapi kalau setakat baru couple setahun dua baik tak payah! Haha.. bagi hadiah ni dekat daddy ke suami ke abang adik is much more better. Tapi terpulang laa kan kat diri masing-masing nak bagi siapa :) .


6. PEN


Sumber En. Google

Pen? Kenapa pen pun masuk dalam list ni? Sebenarnya pen ni sesuai sangat kalau u ols hadiahkan untuk guys yang bekerjaya. Contoh kerja sebagai cikgu ke, doktor ke, student ke...student?? belasah je laa, kan diaorang banyak guna pen untuk siapkan kerja. Tapi jangan laa u ols beli pen yang murah bebenor tu, yang tiga seringgit tu memang nak kena tampo je ceritanya. Haha...ok, gurau je. Sambung balik... maksud I, u ols beli laa pen yang mahal cket lepas tu u minta kedai tu ukirkan nama u atau nama dia kat pen tu. Kan ada kedai yang buat service ukir nama kat pen. :D (jangan beli pen yang pakai buang, beli pen yg boleh tukar ink dia kalau dakwat habis)


6.   MAKANAN



Sumber En. Google

Wait?? Makanan?? Hahaha.. nampak tak logik tapi ok apa bagi hadiah macam ni! Boleh kenyangkan perut pe! Hihihi... okay macam ni, kalau u ols seriously dah buntu sangat tak tau nak hadiahkan apa untuk diaorang u boleh belanja dia makan. Alaaa, jangan laa belanja roti canai je, belanja laa macam dalam gambar tu! Hahaha. Tak kisah laa belanja apa jenis makanan pun janji diaorang suka! Pastikan u ols tau taste dia before u bawak dia pergi makan, tapi jangan u belanja dia sushi kalau dia tak suka. Hihi..apa apa sahaja tau janji ikhlas! Opss.. baru teringat, cakap pasal ikhlas ni.. kalau u ols masakkan makanan untuk dia pun okay! Tak payah buang duit kan, masak je! Tapi akak-akak dan adik-adik yang dah kahwin jangan laa masak makanan yang sama u ols masak hari2, try something new dan pastikan rasa dia tip top! Hihihi.

Actually banyak sangat benda yang u ols boleh bagi contohnya tiket wayang ke, kasut ke, apa-apa je laa yang terlintas kat fikiran u ols. Alaaa.. lelaki nie tak laa memilih sangat pun. Bagi je apa-apa. Yang penting ikhlas! ^_^


No comments:

Post a Comment