Hyepp again!
Okay... hari ni I nak share resepi! Kalau u ols nak tau laa kan, I ni memang suka memasak! Tapi time kat rumah je laa. Hahaha! Kalau kat kolej dulu jangan harap laa I nak masak, malasnya berganda-ganda. Tapi bila kat rumah family rajin pulak. By the way, semalam, atok dan nenek I datang rumah. Saje nak makan tengahhari sama-sama, sebab memang selalunya setiap sabtu or ahad atau time2 cuti diaorang datang makan sini. So fikir punya fikir I rasa buat ayam masak halia je laa as a main course. Senang pun senang, sedap pun sedap. Hahaha..so bahan-bahan yang diperlukan ialah:

-
1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
-
Sos tiram (3/4 sudu)
-
Kicap cair (3/4 sudu)
-
Bawang putih (2-3 ulas) – hentak je pakai pisau, janji
kemek
-
Bawang merah (1 biji) - potong nipis2
-
Cili merah (3-5 biji) – potong nipis2
-
Halia (sikit)
-
Daun limau purut (sikit)
-
Kacang panjang (sikit) + Carrot (sikit)
-
Garam + Aji
Okay, so let’s
start cooking!
1.
Mula-mula sekali, panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Sikit je tau, sebab kita nak menumis. Bila minyak dah mula nak panas, masukkan
bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah, Kacau kacau kacau.
2.
Bila bau dah naik, masukkan pula kicap cair dan sos tiram
sikit. Lepas tu baru kita masukkan ayam. Jangun lupa masukkan air sikit nak
bagi ayam tu empuk (kira2 dua cawan okay laa kot).
3.
Masa kuah tu tengah mengelegak, campak beberapa helai
daun limau purut supaya bau dia wangi.. hihi (tak nak letak pun tak apa).
4.
Bila ayam dah hampir masak then kuah pun dah pekat,
masukkan laa aji dan garam. Kacau, kacau, kacau. Then kita msukkan kacang
panjang dan carrot.
5.
Gaul semua, biarkan seketika, tutup api.. taraaaa, dah
siap!
No comments:
Post a Comment