Dah seminggu dua dah niat dihati ni nak buat kek batik.
Ni baru ada kesempatan nak buat. Hihi. Dalam banyak2 kek, kek batik ni laa yang
paling best dan sedap bagi I. Nak buat pun senang, tak payah nak pakai oven
bagai. Masak atas dapur then sejukkan dalam peti ais. Siap!
Bahan yang diperlukan:
-
Biskut Marrie (2 peket)
-
Susu pekat (1/2 tin)
-
Milo (2 cawan)
-
Mentega (setengah cawan)
-
Esen vanila (sikit je)
Sikit je kan bahan yang diperlukan? Cara nak masak pun
senang taw.
Mula-mula cairkan mentega dalam periuk taw. Api sederhana
nak bagi mentega cepat cair
Bila mentega dah cair, masukkan susu setengah tin. Time
ni slowkan api k u ols.
Next masukkan milo 2 cawan. Kacau sampai tak berketul2 k.
Dah tu rasa laa, kalau rasa kurang manis letak gula sikit, kalau rasa pekat
sangat letak air sikit
Bila rasa dah ok. Letak esen vanila setitik dua jer. ^^’
Ok. Bila dah tak berketul. Dah cair macam ni. Tutup api.
Sejukkan laa sekejap.
Biskut marrie tu sila patah2 kan dulu taw
Bila coklat tu dah sejuk, masukkan biskut yang kita
patahkan tu dalam campuran tu..gaul!
Masukkan biskut tu dalam bekas.. tekan2 dengan sudu bagi
padat. Alahai, comot betul gambar ni. Hahaha..nanti masuk dalam beti sejuk,
bila dah keras boleh potong dan makan! Nyummm3
No comments:
Post a Comment