Thursday, 28 May 2015

SILKYGIRL: My Top 10 Choice

Hye semua!!

Hari ni I nak share sikit tentang product Silkygirl yang I dah guna & terlalu suka. Siklygirl ni jenama pertama yang I kenal sejak baru belajar-belajar pakai make up ni taw. So disebabkan I dah serasi dengan product jenama ni plus harga dia yang sangat murah, until now I still stick dengan Silkygirl. Haha.. tapi memang betul laa sebab kebanyakan make up I brand Silkygirl walaupun ada je brand lain tapi koleksi dia tak banyak macam yang ni.

So meh I share my review tentang 10 barang yang paling I suka dalam brand ni.

1. Liquid Foundation Skin Perfect 2 

Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Empat !!
Wuhuuu.. nama dia!! Vouge gitu.. haha. Foundation yang ni harga dia RM23++ jer kalau tak ade diskaun. Kalau u ols nak yang murah, better u pergi beli dekat Mydin. Seriously I cakap, harga make up kat Mydin memang murah sikit dari Watson and Guardian. Tapi tu laa, code yang I nak selalu sangat tak ada so I has no choice kena gak beli kat Guardian sebab situ sentiasa ada. Hik3.. nak info lebih lanjut tekan sini http://farradheera13.blogspot.com/2015/04/tips-memilih-foundation.html sebab I pernah buat review jugak pasal liquid foundation yang ini.

Pstt.. selalunya kalau foundation ni dah habis, u ols picit mesti dah tak keluar liquid dia kan? So apa yang I buat, I akan potong muncung dia (nasib baik bekas dia plastik, boleh potong2.) sebab sebenarnya kat dalam tu ada banyak lagi isi dia. Boleh guna 5 ke 6 kali lagi taw tak!! So jangan membazir k girls. ^_^

2. Silky White Pressed Powder

Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Dua !!
Kalau siapa pernah guna press powder jenis ni mesti u ols terkejut kan kenapa press powder ni berada dalam pilihan I? Haha.. biar laa, dah I yang suka. Silky White ni ada SPF15. SPF dia rendah sangat berbanding powder Silkygirl yang lain. Sebab rasanya Silky White ni yang first sekali Silkygirl present kat pasaran. Dah lama lepas tu baru laa Silkygirl jual powder lain yang ada SPF25, SPF30 semua.

Silky White ni sebenarnya I tak tau laa dia ada berapa ton tapi untuk ton kulit I, I ambik 07. Warna dia gelap lagi berbanding ton lain. Disebabkan warna dia bila apply kat kulit hampir sama dengan ton kulit I laa buat I suka guna press powder yang ni. Tapi yang tak bestnya Silky White ni cepat luntur warna dia kalau kita berpeluh, sampai ada kesan kat tudung. Jadi kena rajin touch up sikit sebab dia tak tahan lama. So untuk elakkan benda ni jadi I akan pakai kalau keluar rumah sekejap je. Kalau keluar lama I akan guna powder jenama lain. Hahaha..

Pstt.. harga dia murah benoo taw. Below RM10!

3. Precision Sharp Eyeliner Pen
Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Empat !!
Precision Liquid Eyeliner ni jenis basah tapi cepat kering. Ada warna hitam je. So far I sangat berpuas hati dengan eyeliner yang ni sebab warna dia sangat pekat, lepas tu mudah nak bentuk sebab berus dia tak laa lembik macam sesetengah eyeliner. Eyeliner jenis ni tahan lama, waterproof lagi u olss! Hihi.. harga dalam RM20++

4. Hi-Defination Gel Eyeliner Pen
Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Tiga !!
Hi-Defination Gel Eyeliner Pen ni jenis gel dah nama pun gel eyeliner. Hahaha. Warna yang ada pun hitam jugak & waterproof keyhh. Eyeliner jenis ni sangat lembut so jangan ganas2 bila pakai ada yang patah nanti. By the way, eyeliner ni pusing untuk keluarkan boleh tapi bila nak pusing masukkan balik tak boleh taw. So kalau nak pakai jangan pusing panjang2 sebab dia tak boleh tutup semula. Harga RM20++

5. Natural Brow Pencil
Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Tiga !!
Kalau u ols tak berapa pandai pakai eyebrow, cuba try eyebrow yang ni dulu. Jenis pencil tapi jangan risau tekstur dia lembut je so senang nak guna. . Eyebrow ni ada 2 warna hitam & coklat. I selalu ambik coklat sebab tak nak nampak muka garang sangat. Harga RM10++

6. Hi-Defination Browliner
Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Empat !!
Eyeliner jenis ni pun lembut then batang brow liner ni jenis tirus so sangat senang bila nak apply. Ada 2 warna sama macam natural brow pencil tadi (hitam & coklat). One more thing, dia ada berus untuk sikat kening maksudnya lepas apply brow liner ni kat kening, kita boleh sikat kening untuk rapikan warna dia. Syok kan? Harga dia mahal sikit laa tapi.. RM20++

7. Lash Prim Waterproof Mascara

Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Tiga Setengah !!
Ni memang mascara favorite I. Simple je mascara yang ni takde volume up bagai. Cuma kalau u ols pakai nampak laa bulu mata u teratur & lebat. Rasanya mascara ni ada 3 warna which is hitam, coklat & biru. I selalu ambik hitam. Harga dalam RM20++ kott, sorry I tak ingat sangat! Hihi..

8. Double Intense Duo Eye Shadow
Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Tiga !!
Eye shadow yang ni ada banyak warna 01 Mocha Latte, 02 Purple Strom, 03 Glamour Babe, 04 Yin Yang, 05 Silver Star, 06 Haby Pink, 07 Golden Jade & 08 Flushes Maple. So far I baru beli 2 Silver Star dengan Purple Strom. Not bad laa warna dia bila kita blend kan.. cun abisss. Hahaha.. tapi I sayang nak pakai selalu. Kalau ada majlis ke baru pakai. Hahaha. RM16++

9. Go Matte Lipstick
Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Empat !!
Go Matte Lipstick ni lipstick jenis matte. Tak berkilat2 macam retis. Nampak anggun je bila pakai. Muahaha. Perasan lebih. I suka tekstur dia, serius suka sangat. Nak tau lebih lanjut click sini http://farradheera13.blogspot.com/2015/03/review-go-matte-silkygirls-lipstick.html. Dulu I beli RM18.80 now dah naik harga around RM21++

10. Moisture Smooth Lipcolor
Sumber En. Google

Berapa bintang ek? : Tiga Setengah !!
Yang ni I memang selalu pakai. Sebab senang nak apply. Warna dia pun boleh tahan cantik. Lipstick yang ni ada banyak warna 03 Simple Pink, 07 Sunny Rose, 08 Warm Brown, 09 Sugar Plum, 11 Honey Cream, 12 Hot Fuchsia, 13 Light Blossom, 14 Candy Pink & 15 Caramel Peach. I suka warna Sunny Rose serius kena dengan warna kulit I. Dah laa selesa bila pakai sebab lembut so x rugi beli. RM13++

No comments:

Post a Comment