Kalau entry before nie I cerita tentang hadiah yang
sesuai buat guys http://farradheera13.blogspot.com/2015/03/hadiah-untuk-lelaki.html, entry kali nie
kita cerita pula tentang hadiah yang sesuai buat girls okayh! Hehe...
Memandangkan I pun tergolong dalam golongan girls
(laa sangat!) so sedikit sebanyak I tau laa apa yang orang perempuan nie
suka. Kepada orang lelaki kat luar sana yang masih tercari-cari hadiah apa
yang nak di beri kepada orang perempuan, kat sini ada beberapa cadangan yang di
harap dapat membantu u ols.
Antaranya ^__~ :
1. BUNGA
Sumber En. Google |
Bunga? Relevent lagi ke bagi bunga zaman sekarang
ni?? Okay, ni I nak bagitau. Tak semua girls suka bunga k! Haha, tapi still ada
yang suka suprise macam ni. Romantik gitu katanya! Tak kisah laa u ols bagi
bunga ros ke, bunga tulip ke, bunga orkid ke mesti they ols suka. Tapi I
nak warning, jangan u ols bagi bunga kertas or bunga telur sudah, ada yang kena
belasah nanti.
2. COKLAT
Sumber En. Google |
Haaaa... benda nie I suka! Hehe... coklat bukan
sahaja sesuai sebagai hadiah untuk lelaki tapi untuk perempuan pun boleh. Kan
ada banyak perempuan yang suka coklat. Lagipun kajian pun kata coklat nie
sesuai di makan bila kita stress, so lain kali kalau u ols gaduh dengan awek2 cepat-cepat
pergi belikan dia coklat okey. Tapi ada jugak girls yang tak makan coklat so
jangan laa u ols dah tau dia tak suka coklat korang pergi bagi jugak, nescaya
coklat tu pasti akan diberi kepada orang lain. :(
3. PURSE/ HANDBEG
Sumber En. Google |
Hehehe... kalau u ols ada duit lebih dan perempuan
tu special sangat bagi u, boleh laa hadiahkan girl tu dengan beg or purse yang
mahal-mahal sikit! Tapi kalau tak ada budget, yang murah-murah pun okay! We ols
memang tak kisah janji cantik dan bergaya. Haha.. Tapi before u beli beg or
purse tu tengok-tengok dulu beg or purse saiz apa yang girl tu suka. Ada girls
suka beg besar, senang boleh sumbat segala-galanya dalam tu, ada pulak yang
suka kecik-kecik, yang boleh bawa g dinner semua. Warna pun kena tengok jugak,
takut they ols tak berkenan pulak nanti.
4. MINYAK WANGI
Sumber En. Google |
I rasa semua perempuan dekat dunia nie suka minyak
wangi. Dengan bau yang cukup menggoda siapa yang tak sukakan hadiah nie. Cukup
laa u ols beli minyak wangi yang murah then bagi kat perempuan mesti they ols
suka janji bau dia best & tahan lama. Psttt.. perfume Miracle dari Lancome ni
wangi tau tak?
5. MAKE UP SET
Sumber En. Google |
Haa, yang ni I pun suka! Hihi.. kalau girls yang u
nak bagi hadiah tu (ala-ala model) suka make up ke kan atau kerja dia make up
kan orang, hadiah ni sesuai sangat! Tapi u kena tahu, hadiah ni risiko dia
tinggi sebab u kena tau jenama apa yang dia suka, foundation color apa yang
sesuai untuk dia, blusher, eyeshadow, lipstick apa dia suka semua! U tak boleh
main beli taw sebab takut tak sesuai dengan kulit dia. Haa.. risk tak? Tapi
kalau u ols terrer bab-bab make up ni senang je untuk u ols belikan hadiah ni
untuk dia.
6. BLOUSE / DRESS
Sumber En. Google |
Well... ini I rasa hadiah yang ni semua girls suka!
Siapa yang tak suka kalau dapat baju baru kan!! Okay, untuk hadiah yang ni
first of all, u ols kena tahu personaliti dan gaya girls tu macam mana. Yelaa..
kalau gaya dia simple takkan u nak belikan dia dress pulak, takut dia tak suka!
So mula-mula ebelum beli u ols kena kenal cara pemakaian dia, kalau dia suka
T-shirl beli laa T-shirt, kalau dia suka dress then belikan dress, suka skirt
or blouse belikan laa itu. Saiz pun important jugak k, jangan main beli je kena
tau saiz dia supaya baju yang u beli nanti tak oversize or ketat. Kalau susah
sangat u belikan je tudung untuk girls yang bertudung! Lagipun kan banyak dah
tudung-tudung yang cantik siap ada jenama lagi bertapak kat pasaran. Senangkan?
7. CANDYLIGHT DINNER
Sumber En. Google |
Woooo... yang nie I yakin tak akan ada perempuan
yang menolak kalau diajak. I yakin sangat kalau u ols buat macam nie mesti girks
tu cair punya laa. Tapi masa dia tengah cair tu jangan pulak korang
pandai-pandai ambik kesempatan. I tumbuk nanti siapa yang berani buat macam tu.
8. SPEND
TIME BERSAMA
Sumber En. Google |
Yang nie pun tak boleh tolak tepi. Semua girls
kalau boleh nak habiskan masa bersama dengan orang yang dia sayang. Cubalah
bila hari minggu bawa they ols jalan-jalan, even pergi zoo sekali pun mesti they
ols suka janji dapat bersama u ols masa hari jadinya.
P/S: Actually banyak lagi benda yang perempuan suka
tapi aku rasa lapan jenis hadiah nie pun dah mampu buat diaorang gembira.
No comments:
Post a Comment