Hye
semua!!
Hari ni I
nak share sikit tentang product Silkygirl yang I dah guna & terlalu suka.
Siklygirl ni jenama pertama yang I kenal sejak baru belajar-belajar pakai make
up ni taw. So disebabkan I dah serasi dengan product jenama ni plus harga dia
yang sangat murah, until now I still stick dengan Silkygirl. Haha.. tapi memang
betul laa sebab kebanyakan make up I brand Silkygirl walaupun ada je brand lain
tapi koleksi dia tak banyak macam yang ni.
So meh I
share my review tentang 10 barang yang paling I suka dalam brand ni.
1. Liquid Foundation Skin Perfect 2
Berapa bintang ek? : Empat !!
Wuhuuu.. nama dia!! Vouge gitu.. haha. Foundation
yang ni harga dia RM23++ jer kalau tak ade diskaun. Kalau u ols nak yang murah,
better u pergi beli dekat Mydin. Seriously I cakap, harga make up kat Mydin
memang murah sikit dari Watson and Guardian. Tapi tu laa,
code yang I nak selalu sangat tak ada so I has no choice kena gak beli kat
Guardian sebab situ sentiasa ada. Hik3.. nak info lebih lanjut tekan sini http://farradheera13.blogspot.com/2015/04/tips-memilih-foundation.html sebab I pernah buat review jugak pasal liquid foundation yang ini.
Pstt.. selalunya kalau foundation ni dah habis, u
ols picit mesti dah tak keluar liquid dia kan? So apa yang I buat, I akan
potong muncung dia (nasib baik bekas dia plastik, boleh potong2.) sebab
sebenarnya kat dalam tu ada banyak lagi isi dia. Boleh guna 5 ke 6 kali lagi
taw tak!! So jangan membazir k girls. ^_^
2. Silky White Pressed Powder
Berapa bintang ek? : Dua !!
Kalau siapa pernah guna press powder jenis ni
mesti u ols terkejut kan kenapa press powder ni berada dalam pilihan I? Haha.. biar
laa, dah I yang suka. Silky White ni ada SPF15. SPF dia rendah sangat
berbanding powder Silkygirl yang lain. Sebab rasanya Silky White ni yang first
sekali Silkygirl present kat pasaran. Dah lama lepas tu baru laa Silkygirl jual
powder lain yang ada SPF25, SPF30 semua.
Silky White ni sebenarnya I tak tau laa dia ada
berapa ton tapi untuk ton kulit I, I ambik 07. Warna dia gelap lagi berbanding
ton lain. Disebabkan warna dia bila apply kat kulit hampir sama dengan ton
kulit I laa buat I suka guna press powder yang ni. Tapi yang tak bestnya Silky
White ni cepat luntur warna dia kalau kita berpeluh, sampai ada kesan kat
tudung. Jadi kena rajin touch up sikit sebab dia tak tahan lama. So untuk
elakkan benda ni jadi I akan pakai kalau keluar rumah sekejap je. Kalau keluar
lama I akan guna powder jenama lain. Hahaha..
Pstt.. harga dia murah benoo taw. Below RM10!
3. Precision Sharp Eyeliner Pen
Berapa bintang ek? : Empat !!
Precision Liquid Eyeliner ni jenis basah
tapi cepat kering. Ada warna hitam je. So far I sangat berpuas hati dengan
eyeliner yang ni sebab warna dia sangat pekat, lepas tu mudah nak bentuk sebab
berus dia tak laa lembik macam sesetengah eyeliner. Eyeliner jenis ni tahan
lama, waterproof lagi u olss! Hihi.. harga dalam RM20++
4. Hi-Defination Gel Eyeliner Pen
Berapa bintang ek? : Tiga !!
Hi-Defination Gel Eyeliner Pen ni jenis
gel dah nama pun gel eyeliner. Hahaha. Warna yang ada pun hitam jugak &
waterproof keyhh. Eyeliner jenis ni sangat lembut so jangan ganas2 bila pakai
ada yang patah nanti. By the way, eyeliner ni pusing untuk keluarkan boleh tapi
bila nak pusing masukkan balik tak boleh taw. So kalau nak pakai jangan
pusing panjang2 sebab dia tak boleh tutup semula. Harga RM20++
5. Natural Brow Pencil
Berapa bintang ek? : Tiga !!
Kalau u ols tak berapa pandai pakai
eyebrow, cuba try eyebrow yang ni dulu. Jenis pencil tapi jangan risau tekstur
dia lembut je so senang nak guna. . Eyebrow ni ada 2 warna hitam & coklat.
I selalu ambik coklat sebab tak nak nampak muka garang sangat. Harga RM10++
6. Hi-Defination Browliner
Berapa bintang ek? : Empat !!
Eyeliner jenis ni pun lembut then batang
brow liner ni jenis tirus so sangat senang bila nak apply. Ada 2 warna sama
macam natural brow pencil tadi (hitam & coklat). One more thing, dia ada
berus untuk sikat kening maksudnya lepas apply brow liner ni kat kening, kita
boleh sikat kening untuk rapikan warna dia. Syok kan? Harga dia mahal sikit laa
tapi.. RM20++
7. Lash Prim Waterproof Mascara
Berapa bintang ek? : Tiga Setengah !!
Ni memang mascara favorite I. Simple je mascara
yang ni takde volume up bagai. Cuma kalau u ols pakai nampak laa bulu mata u
teratur & lebat. Rasanya mascara ni ada 3 warna which is hitam, coklat
& biru. I selalu ambik hitam. Harga dalam RM20++ kott, sorry I tak ingat
sangat! Hihi..
8. Double Intense Duo Eye Shadow
Berapa bintang ek? : Tiga !!
Eye shadow yang ni ada banyak warna 01 Mocha Latte,
02 Purple Strom, 03 Glamour Babe, 04 Yin Yang, 05 Silver Star, 06 Haby Pink, 07
Golden Jade & 08 Flushes Maple. So far I baru beli 2 Silver Star dengan
Purple Strom. Not bad laa warna dia bila kita blend kan.. cun abisss. Hahaha..
tapi I sayang nak pakai selalu. Kalau ada majlis ke baru pakai. Hahaha. RM16++
9. Go Matte Lipstick
Berapa bintang ek? : Empat !!
Go Matte Lipstick ni lipstick jenis matte. Tak
berkilat2 macam retis. Nampak anggun je bila pakai. Muahaha. Perasan lebih. I
suka tekstur dia, serius suka sangat. Nak tau lebih lanjut click sini http://farradheera13.blogspot.com/2015/03/review-go-matte-silkygirls-lipstick.html. Dulu I beli RM18.80 now dah naik harga around RM21++
10. Moisture Smooth Lipcolor
Berapa bintang ek? : Tiga Setengah !!
Yang ni I memang selalu pakai. Sebab senang nak
apply. Warna dia pun boleh tahan cantik. Lipstick yang ni ada banyak warna 03
Simple Pink, 07 Sunny Rose, 08 Warm Brown, 09 Sugar Plum, 11 Honey Cream, 12
Hot Fuchsia, 13 Light Blossom, 14 Candy Pink & 15 Caramel Peach. I suka
warna Sunny Rose serius kena dengan warna kulit I. Dah laa selesa bila pakai
sebab lembut so x rugi beli. RM13++