Hi, assalamualaikum!
Apa cerita semua? Sihat?
Hihi.. I baru balik kerja ni. Penat ya ampunn!! Haha.. sebelum pergi mandi kita
berblogging dulu la ya!
Wet tissue aka tisu basah. Dah
kenapa I nak cerita pasal wet tissue ni? Haha.. actually I memang pengguna
setia wet tissue! Dalam handbeg I selain dari tisu biasa, make up, kunci
kereta, minyak angin, gula-gula mesti akan ada wet tissue jugak. Haa, mana
orang tak cakap handbeg I macam poket doremon, semua benda nak sumbat dalam tu!
Sumber En. Google |
Okay, meh I cerita sikit kenapa
I suka sangat dengan wet tissue & kelebihan dia k. Ehemm3.. wet tissue ni
sebenarnya bukan digunakan semata2 untuk baby taw, budak-budak & orang
besar pun boleh guna untuk memastikan kebersihan kita terjaga! Contoh, kalau u
ols bagi budak-budak makan aiskrim sampai comot2 dyorg makan, apalagi tenyeh je
laa wet tissue tu kat mulut dyorg! Senangkan? Tak payah susah-susah cari air
nak basuh. Kalau lap pakai tisu biasa pun still rasa melekit kan? So better
guna wet tissue.
Next, wet tissue jugak sangat
berguna untuk hapuskan minyak degil yang melekat pada wajah kita. Kalau u ols
pergi jogging ke, pergi gotong-royong ke, merewang ke (apa-apa aktiviti yang
mengeluarkan peluh) jangan lupa bawak wet tissue ni.. lap je kat muka mesti
rasa nyaman. Caye laa cakap I ! Other than that (cewah cakap BI, puiii), kalau
u ols demam then tak larat nak pergi mandi semua lap je laa badan tu dengan wet
tissue. Setakat ni I belum pernah buat lagi macam tu, demam2 pun gagahkan diri
pergi mandi! Kekekeke...
Haa, satu lagi wet tissue ni
jugak sangat berguna untuk tanggalkan make up taw! Kadang-kadang kalau pakai
pencuci muka je bukan tanggal sepenuhnya make up tu so lepas cuci muka selalu u
ols pakai toner kan untuk tanggalkan make up? So kalau u ols nak berjimat, tak
payah susah-susah beli toner, pakai wet tissue sudah. Lap je wet tissue ni kat
muka nescaya segala kotoran yang tersisa kat muka akan tanggal. Hihi.. kalau
nak senang beli je wet tissue yang untuk baby je cukup tak payah yang
specialize untuk muka semua. Bukan apa wet tissue untuk muka & untuk baby
tu sama je cuma selalunya wet tissue untuk baby lagi senang cari kan? Kalau
yang untuk muka u ols kena masuk Watson, Guardian, farmasi nak cari. But nak
guna wet tissue yang mana tu up to u laa.
Sumber En. Google |
I memang guna wet tissue
jenama ni, senang I nak tanggal make up. Murah pun murah. Nampak tu dah
terang-terang tulis non-alcohol plus dia extra moist dengan ada kandungan aloe
vera lagi, sesuai taw untuk kulit sensetif nih. By the way, sekarang dia ada
jual jugak dalam pack combo. So selalu I grab laa pack combo (1 untuk I then
lagi 1 untuk my sister). Murah jeeee haa.
Sumber En. Google |
Banyak kan kelebihan wet
tissue ni? By the way I suggest kan kalau u ols nak pakai dekat rumah beli laa
yang kuantiti tissue dia banyak but kalau untuk kegunaan luar rumah bawak je
laa yang kuantiti tissue dia sikit so tak laa membebankan handbeg u ols nanti.
Hihi..
No comments:
Post a Comment