Cerita pasal terung ni, dulu I pandai masukkan terung
dalam kuah je, tak tahu pulak bila goreng then masak sambal rasa dia marvelous
giler ! Haha, nampak sangat tak kretif kan bab memasak di situ! Terung goreng
pun baru je pandai buat. Kikiki, tapi I nak share jugak resepi buat terung
goreng sambal kasar ni sebab excited sangat! Haha..
Ni untuk 1 family makan ya (dalam 7 orang macam tu),
so bahan yang kita perlukan ialah:
-
Terung
5 biji (nak tambah nak kurang suka hati, then potong nipis-nipis taw)
-
Cili
padi (kisar dalam 8 biji tak cukup tambah laa)
-
Cili
merah (2 batang cukup)
-
Bawang
(kisar 1 biji keyh)
-
Udang
geragau (suku gengam je)
-
Garam
& Aji Nomoto
See, bahan nak masak pun tak banyakkan? So cara
nak buat macam ni:
1. Okay,
mula-mula sekali blend / kisar bawang, cili merah dan cili padi tu bersama
tapiii blend jangan sampai lumat taw, kasar2 je. Kalau rajin u ols boleh tumbuk
guna lesung batu tu. Kalau nak senang u ols blend banyak2 cili & bawang semua tu, lepas guna sikit boleh
simpan dalam peti ais. Nanti tak payah susah2 kena blend sebab benda dah ada
kan.
2. Dah
siap blend boleh panaskan minyak, then kita goreng terung dulu. Lepas dah
goreng terung, goreng pulak udang geragau. Dah siap goreng tu kurangkan minyak
sikit lepas tu masukkan cili yang kita dah blend siap2 tadi, kacau sampai naik
bau
3. Bila
dah naik bau, campak laa garam dan aji secukup rasa! Tapi jangan banyak sangat
taw garam tu sebab udang geragau kan dah masin. Hihihi. Dah kacau2, now u ols dah
boleh tutup api & biarkan sambal tu sejuk sekejap!
4. Sementara
tu u ols susun laa terung tu atas pinggan. Lepas tu baru letak sambal atas
terung. Then taburkan pula udang geragau. Perghhh, last sekali pergi ambil nasi
panas dan boleh terus makan. Hahaha.
No comments:
Post a Comment