Monday, 13 April 2015

Tips Untuk Keraskan Awning Tudung


Nak tegakkan awning tudung memang satu masalah yang biasa terjadi dekat orang yang bertudung ni kan? Lagi-lagi kalau kain tudung jenis lembut, aishh.. geram betul rasa! Herot-herot jadinya, tu yang buat ramai orang menggunakan teknik tiup-meniup untuk tegakkan awning tudung tu (I pun salah seorang daripada mereka)! Hahaha..

Okay, so meh I share sikit tips yang I gunakan untuk keraskan awning tudung:


1. PLASTIK A4 KERAS

Sumber En. Google

Jeng jeng jeng..! Plastik A4 ni pun boleh keraskan tudung taw! Nampak tak bertapa kretifnya orang kita! Hihi..cara nak gunakanya, kita potong dua plastik A4 yang keras ni, then selitkan dekat dalam tudung bahagian awning tu. Contoh macam tudung bawal, bila nak pakai kan kena lipat dua , so dekat bahagian lipatan tu laa yang perlu u ols selitkan plastik ni! Easy meh.. popular sangat trend ni zaman sekolah-sekolah dulu! Entah2, tudung sarung yang kita selalu guna tu pun pakai plastik A4 ni kot kat dalam? Hihihi..


2. LILIN PUTIH

Sumber En. Google

Haaa.. trend lilin-melilin ni memang I selalu guna time sekolah menegah dulu sebab murah dan mudah! Gila dengan lilin sampai rumah black out pun I sanggup buat donno je bila my family tanya “lilin mana?” “kakak, lilin mana?”. Hikhikhikhik.. Ok cara nak gunakannya macam ni, u ols iron siap-siap tudung tu, then dekat bahagian lipatan awning tu u ols panaskan. Time dia tengah panas u ols gosok lilin tu dekat awning tudung tu. Lepas tu iron semula awning tudung tu bagi lilin yang u ols letak td cair dan cepat mengeras! Hasilnya memang awning tudung u ols keras dengan sempurna tapiiii jangan letak lilin banyak sangat taw!! I dah pernah kena, sebab letak banyak sangat lilin, rosak pulak tudung tu jadinya! Dah rupanya tak semenggah.


3. FABRIC STRACH

Sumber En. Google

Bila dah masuk universiti, dah start duduk kolej (hostel, budak uitm panggil kolej) takkan I nak bawak lilin pulak kan g sana? So time tu I start laa berkenalan dengan fabric strach!! Seriously sangat senang nak gunakannya tapi yang tak bestnya kena keluar cost laa sikit kan! Hahaha.. cara nak gunakan sama je macam cara melilin tadi, iron tudung siap-siap then bahagian awning tudung u ols spray je fabric starch ni lepas tu iron semula bahagian tu! Siapp !! Kat pasaran sekarang banyak dah jual fabric strach ni, macam-macam jenama ada! Cuma kadang-kadang bila nak beli tak jumpa tu kena guna teknik lilin melilin semula. Hahaha.

Jenama-jenama lain

Jenama lain



Bila awning tudung keras, baru laa nampak kemas !!

2 comments:

  1. Terima kasih kongsikan tips, yg penting jangan letak lilin berlebih², nanti berbekas pula kan...

    Artie ada sharekan bagaimana nak hilangkan bekas lilin pada tudung bawal di blog Artie, harap² ia membantu Cara² hilangkan bekas lilin keraskan tudung bawal. Thanks <3

    ReplyDelete
  2. Kadang2 kalau salah sapu lilin pada tudung nampak berbekas pula kan huhu.. kami ada share cara hilangkan bekas lilin pada tudung dengan kertas A4 disini. Harap membantu nanti...

    ReplyDelete