Friday, 10 April 2015

My Day Start with Nestum 3 in 1

Hyepp!!!

Sekarang ni I tengah giler dengan nestum 3 in 1 taw! Hahaha.. semenjak start praktikal ni, mana I ada masa nak sarapan pagi macam zaman belajar2 dulu. Dulu kelas start pukul 8 pun ada masa lagi nak kunyah koko crunch ke nasi lemak ke pergi cari breakfast semua sebab rumah sewa dengan kelas sebelah2 jer. Haha.. sekarang ni pukul 6.00 celik mata terus g mandi, solat, bersiap sebab pukul 7 dah nak kena gerak. Haa, bab bersiap tu kalau tak setengah jam memang tak sah, memang lama! Sometimes boleh cecah 40 minit taw sampai dulu asik kena marah dengan Mr. Right je sebab lambat sangat bersiap (tu laa, nak suprise sangatkan ajak keluar tetibe, last2 dia yang kena suprise dengan kelewatan I).


So berbalik pada cerita tadi, disebabkan pagi2 I tak ada masa nak breakfast atok I suggest minuman cereal at least tak kenyang tapi dapat alas perut jadi laa kan. Time mula2 diperkenalkan dengan Nestum 3 in 1 ni I pandang sebelah mata jer! Punya laa bongkak tak nak minum last2 sekarang jadi favorite kowt benda alah ni! Last week kat Giant Prima Saujana, Kajang I beli 6 peket terus nestum 3 in 1 ni (sebab ada sale!) buat stock sampai family I bising suruh pastikan minum! Takut membazir ler tu..hihi
Sumber En. Google

Hahaha.. as u ols know laa kan, Nestum 3 in 1 ni datang dalam 4 perisa which is original, honey, chocolate dan oat. So far I tak pernah minum lagi perisa coklat tu, so tak tau laa apa rasa dia tapi yang lagi 3 tu I dah minum & yang paling I suka mesti laa honey!! Rasa dia manis sikit berbanding yang lain. Kalau oat dan original tu I selalu letak susu kalau minum tak pun campur horlick. Perghhh, rasa dia sedap sungguh!

Sumber En. Google

Sumber En. Google

So, kalau u ols seriously tak ada masa untuk sarapan pun please make sure u ols take Nestum 3 in 1 as u ols punya breakfast! Alaaa, bukan susah pun nak buat, masukkan nestum ni dalam cawan then bancuh dengan air panas! Senang kan? Janji perut terisi, nak buat kerja pun happy!! Iye dak?

No comments:

Post a Comment